Friday, July 3, 2009

...

He's a craving in my heart
A sickness in blood
I wake and fall asleep to his memory
I love him as much as I hate him
He is with me every night.

Tuesday, June 30, 2009

IPOH








aktiviti di masa lapang..
nasib la ada mimie..
boleh gak kuar lepak..


RINDU

Hmm... aku tak tau nak cakap cam mana.. How I miss KL so much.
Aku rindukan kesibukan, kekotoran dan kebisingan KL.
Aku rindukan kawan-kawan aku kt KL.
Aku rindukan mamak stall kt KL terutama nya Kitaro kt BB.
Aku rindukan jalan-jalan yang sesak heading ke Pavilion dr BB.
Aku rindu nak tengok budak-budak yang boleh di katakan belum cukup umur dress to kill sambil membuat 'onar'.
Aku rindukan untuk bersembang dengan kawan-kawan aku kt mapley.
Aku rindukan social life dengan kawan-kawan aku walaupun aku bukan la soSial sangat pun.
Aku sangat rindukan kehidupan aku back in KL.
And aku sangat rindu kan 'dia'...
Bukan nya aku nak cakap yang balik kg jumpa mak ayah ni tak best. Aku balik ni pun sebab aku nak kan ketenangan bila jumpa mak ngan ayah aku, (betapa tenang nya tengok muka mereka)
Cuma aku tak biasa melayari hari-hari aku yang macam ni. Stay kat rumah keluar masuk bilik sebab tak tau nak buat apa.
Menyesal pulak aku suruh mak ngan ayah aku pindah ipoh cepat.
Bukan nya kat sini tak ada life, cuma aku tak dapat nak biasakan diri dengan environment kat sini.
Dengan susah nak cari public transport nya, mapley untuk melepak pun macam susah je nak cari.
Aku bukan nak berlagak nak cakap yang aku ni 'orang Keyy Ell'.. Cuma aku tak biasa sebab aku membesar kat tempat yang memang banyak kemudahan yang macam-macam.
Dah 3 minggu aku kat ipoh ni. Memang mati kutu dah aku ni ha.
Internet pun belum tentu dapat tenteram kan jiwa yang memang tengah kosong ni.

hari tu aku pergi Jusco, memandangkan ini je shopping mall yang ada selain Ipoh Parade. Boleh tahan jugak kedai-kedai kat dalam mall ni. Butik mahal-mahal yang ada macam butik GUESS, ESPRITE, butik VINCCI yang sungguh elegance...hmm.. apa lagi ha? Aku tak ingat, tapi orang-orang ipoh dah tak payah nak turun KL untuk dapatkan barang-barang cam tu sebab kat sini pun dah ada. COOL.......

Cuma aku je yang belum dapat sesuaikan diri lagi.
Tapikan, untuk dapatkan scene scene yang menarik untuk shooting, ipoh memang menjadi destinasi aku and a few budak-budak kelas aku.
Kat sini banyak tempat-tempat menarik yang tak ada kat KL (mungkin ada cuma aku je yang tak tau).

Wednesday, June 24, 2009

BUDAK-BUDAK SEKARANG

intro

tengah goreng...fuyoo


goreng part 2


lepas habis konsert..
yeahhh...i'll rock u...


BERLUMUT bak kata wan

Agak lama juga aku dah tak menulis dalam blog ni. Sebab aku balik ipoh and kat rumah ipoh aku tak ada broadband or apa-apa untuk penyambungan kat internet melainkan CC je la. Since aku balik ipoh last week baru sekali aku keluar rumah pergi chooting ngan mimie, Ja’a ngan wan last saturday hari tu. Konon nya nak pergi lumut tapi memandangkan kteorg keluar rumah pun dah pukul 3 petang, so destinasi kteorg Cuma sampai kg baru je. Ha...jangan ingat kat perak ni tak ada kg baru. Ingat kat KL je ke. Aku pun tak pasti kat area mana kg baru yang aku pergi ni tapi belum sampai lumut, maybe dekat dengan pantai remis kot. Ntah la. Main petik je aku ni.



mimie ngan ja'a... romantik kan dieorg...jelez betol...

sambil jalan pun wan nak cari lalat jugak

perasan model..glamour u...
boleh la...


kembali ke kereta


ntah la...aku pun tak paham dieorg 2 org ni


SWEEP

Banyak yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni. Maklum la..dok rumah 24 jam tak keluar mana-mana. Selama tu jugak la aku tahan diri aku. Bagus jugak kan. Tapi tu la, bosan yang amat. Dah terlalu bosan tak tau nak buat apa, aku pun tanya la mak aku mana ayah aku letak buku-buku cerita aku yang lama. Bila dah jumpa, aku pun cari la buku cerita favourite aku. Koleksi yang paling aku sayang. Buku cerita ni pasal a high school girl yang baru dapat tau bahawa dia adalah blood witch bila ada a new guy student kat sekolah memperkenalkan tentang benda-benda cam tu la atau dalam omputih nya di kenali sebagai Wicca. Start daripada that time la macam-macam hal terjadi. Kadang-kadang sampai aku pun jadi terpengaruh sikit. Dah la aku memang suka benda-benda camni. Tapi aku tak ada la buat. Cuma pengetahuan je. Buku ni adalah favourite aku ngan bestfriends aku (aida n azza). Dari buku ni jugak la kteorg dapat istilah ’mùirn beatha dàn’ untuk soulmate. Tapi kan volume 1 dah hilang. So aku mula baca dari volume 2. bila mula baca aku dah tak boleh stop. Sebab dah tak tau nak buat apa sangat dan bosan, 1 buku dalam 1 hari. Tapi buku cerita ni memang best sampai makan pun aku hold kan dulu. Kalau la buku pelajaran or buku text aku buat macam ni, agak nya aku dekan every sem. Fuhh.. hebat.. tapi huhh..jangan di harap la. Tu pasal la aku tak ambil kos yang baca banyak. Keja aku ngadap laptop and snap snap snap je. Tapi tu pun malas jugak.. haih.. apo nak jadi ni...???

Wednesday, June 10, 2009

THE END OF OUR LOVE STORY

sedih...tapi nak buat cam mane. jodoh tak ada. the good thing is kteorg tak gaduh masa break. kteorg break dengan cara baik. i still can feel his love towards me but the best way for both of us is...PUTUS..
why? biar aku dengan dia je yang tau.
apa-apa pun aku masih sayang kan dia and selagi aku mampu tunggu dia, aku akan tunggu dia.
aku tak dapat bayangkan aku dengan orang lain (for now la).
sungguh sedih bila kita tak dapat hidup dengan orang yang kita sayang tapi apa nak buat? jodoh dah tak ada.
aku tak tau nak cakap cam mana.. hati aku terasa sungguh kosong dan...hmmm...ntah la..tak tau nak cakap...
09032008 adalah tarikh kteorang declair and genap setahun 3 bulan, kteorg putus..
yang lucu nya kteorg boleh pospone break up...hahaha..
0806 tarikh lahir dia and 09 hari bulan suppose to be our annivasary..
kenapa aku pospone? sebab aku nak sambut birthday dia yang terakhir dengan aku. walaupun aku tak bagi dia apa-apa, cuma aku arrange kan sikit date kteorg ni, selalu nya setiap kali kteorg kuar date mesti dia yang arrange, so buat yang terakhir kali ni, aku yang arrange kan.
banyak lagi benda yang aku tak sempat buat dengan dia tapi nak buat cam mana...
hmmm...how to explain my feeling...very difficult.
the hardest part is bila aku rindu kan dia. perasaan tu sungguh sakit sebab kita dah tak boleh jumpa, or call or sms lagi dah. itu yang paling susah and yang paling aku benci. sebab aku tau aku akan rindukan dia sangat-sangat.
dia adalah yang terbaik yang pernah wujud dalam hidup aku.
i still need him. i still want him.
masa aku tunggu dia siang tadi aku terserempak dengan ex-bf aku bersama tunang dia. terkejut jugak aku. hmm...ex-bf aku dah tunang..aku??? bila masa nya pun aku tak tau...
mungkin aku nak tuggu dia kot..hahaha..wake from dreaming dear!!!
tadi masa mak aku call, aku nangis. mak aku masih tanya pasal dia. harus la aku sedih. tapi aku tak bagi tau lagi. aku tak tau nak bagi tau cam mana. my mum realy love him to be my partner.
before kteorg membawa haluan masing-masing tadi, sempat jugak la kteorg snap the last pictures of us. nanti aku upload.
hah!!!! sakit nya...Tuhan saja yang tau..

Tuhan..tabah kan la diri aku untuk menempuh hidup ini tanpa dirinya.



Friday, June 5, 2009

MASIH CINTA - KOTAK


Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang MASIH CINTA

Thursday, June 4, 2009

CELARU

emosi aku bercelaru sangat-sangat. aku dh buntu. dalam kepala otak aku ni macam-macam yang aku fikir kan cam mana nak perbaiki relationship kteorg. aku sayangkan dia. aku tak nak lepaskan dia tapi.....

apa yang harus aku buat ni? aku nak cuba untuk ngorat dia balik tapi aku tak tau nak buat apa. masing-masing dah kenal diri masing-masing...
huhh...(mengeluh)