Hampir 1 jam aku bermonolog dgn diri aku sendiri. Tentang apa? Tentang hidup aku yg belum pasti kesudahannya seperti apa. Akan kah aku hidup bahagia bersama org tersayang? Akan kah aku mempunyai pewaris DNA aku? Bagaimakah kehidupan aku pada hari esok, lusa dan seterusnya? Alangkan bagus kalau kita tahu apa yg menanti kite pada esok hari agar kite lebih bersiap sedia. Tapi tu semua tidak mungkin kerana kita tidak tahu dialog2 atau skrip2 yang telah di rencana kan oleh Allah S.W.T..
Walaubagaimana pun di setiap apa yg terjadi, ada hikmahnya. Di setiap apa yg terjadii ada sebab nya. Cuba imbas dan tanya pada diri sendiri.. ''kenapa aku macam ni?'' ada jwapannya. Dan setiap jawapan itu cuba fikir kenapa dan kenapa. Anda akan lihat kesinambungan di atas apa yg terjadi tu.
Kenapa aku keseorangan di sini tanpa kawan2 dan tanpa kerjaya yang aku idamkan? Sebab nanti ayah. Akan keseorangan. Kenapa ayah keseorangan?. Sebab cinta hati ayah telah di jemput menemui Ilahi dan tiada siapa yang akan menjaga ayah. Sebab apa cinta hati ayah pergi meninggalkan ayah?. Sebab cinta hati ayah mengidap penyakit barah hati dan buah pinggang sudah tidah berfungsi. Dan seterusnya. Jika mahu menulis sebab apa terjadi segala sebab, tidak cukup ruangan ini. Kesimpulannya, semua yg terjadi kepada diri kita ni ada sebab nya. ALLAH ciptakan sebab kerana Dia mahu kita berfikir dengan segala apa yg kita buat dan segala tingkah laku kita, jika berbuat yang tak elok maka tidak elok lah hasil nya dan jika kita berbuat yg elok maka elok la hasilnya. Jika kita sudah berbuat elok tapi hasilnya tidak elok..maka itu ialah takdir, kerana Allah telah menyediakan yang lagi baik dan elok untuk kita. Tpsudah namanyaa manusia, kita akan rasa tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana kita tidak sabar. Kerana manusia tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment