Sunday, May 31, 2009

GUILTY

Away
Make me become someone else
I've done something wrong
I didn't mean to do this to u
But it happened without unintended
I'm sorry
For become such an idiot
I love u but
I've done wrong to u
All i need is your forgiveness
Forgive me
Please...

Saturday, May 30, 2009

BEAR


dah lama gila aku tak jumpa and lapak dengan bear (UniKL). aku rasa setahun jugak la la xjumpa dia. bukan main susah aku kteorg nak lepak dengan dia sebab time kte org tak busy, dia busy.. bila dia free, kteorg lak yang busy. tu yang susah nak lepak tu. padahal kteorg selalu je lepak dengan sepang, epy ngan tymun. jon punadang-kadang join kteorg. tapi ngan bear ni susah sangat.
dah lame tak jumpa bear tiba-tiba je aku terserempak ngan dia kat gig dekat ipoh.
kat kl bukan main susah lagi nak jumpa, tub-tub (bahasa apa ni) jumpa kat ipo. hmmm...bole la. lepas gak rindu aku kat dia.. (hukhuk...poyo je....)


yang aku kenal kat sini sep je. tu pun kenal-kenal cam tu je


dengan mimi and cousin aku shida. dia yang bukan kaki gig pun aku amgkut gak sebab nak jumpa kawan-kawan ipoh aku...


bittersweet

Thursday, May 28, 2009

Wednesday, May 27, 2009

BABY BUCHUK

lepas setahun abang aku kawin dengan wife dia, lahir la baby boy and di letak kan pula nama kat baby ni mohd haikal afzan. best kan... keluar je baby ni dari perut ibu dia, mak aku yang jaga. biasa la, kerja opah memang jaga cucu. so kerja mak aku jaga anak abang aku (along), sampai la umur dia setahun lebih. after parents aku pindah ipo last two month, aku dah jarang jumpa baby ni. aku rindu giler kat dia...

mak aku ngan haikal jadi model aku untuk individual study. gambar ni spontan sebab masa tu dia terjatuh. cepat-cepat aku snap. bila tnjuk dekat lect, dia pilih yang ni. orang cakap kadang-kadang gambar spontan atau snap secara suka-suka lagi elok dari gambar pose.




dia sangat suka pakai sun glasses, kalau tak dapat, dia sanggup pukul aku.

ni collection gambar masa dia baby. (few months)

POSTER

poster ni aku buat untuk untuk subjek grafik aku sebab aku tak buat mock-up coffee table book. biasa la, kerja last minit, tak sempat nak buat mock-up. so lect aku suruh aku buat poster. ni hasil hasil kerja aku yang tak seberapa ni.......

Tuesday, May 26, 2009

ISTIADAT-70

siang tadi aku pergi DSB, kunun-kunun nya nak join SKP tapi aku start esok, jaga kat studio untuk orang ambil gambar convocation.. bole la, dari dok rumah tak buat apa-apa, baik aku kerja, dapat gak duit. aku ni yang tak cukup tidur semalam, bole lak tertidur before para graduate keluar dewan. buruk perangai betul aku ni. dah la cuaca mendung je, angin lak sepoi-sepoi bahasa, best giler r tidur. plus aku ni memang kaki kuat tidur, kalau tak camne lect aku mase diploma (sir subra yang ajar Bell) dulu panggil aku 'sleeping beauty' cuma aku ni yak berapa nak beauty la..hehehe..
kerja kteorg ialah ambil gambar students konvo. ala yang gambar pegang sijil ngan bunga tu bersama-sama famili dieorg.. hari ni shooting gambar students pHD dengan Master.
dalam masa aku tak tidur lak, keje aku snap-snap gambar. dah kata student foto, kerja nya nak tembak gambar je la..kat bawah ni aku upload kan beberapa keping gambar nak tunjuk kan sikit situasi pada masa tu untuk kawan-kawan aku yang dah balik awal lepas abis kelas.


tengah edit gambar students yang dah ambil sijil


sempat la juga kteorg snap pic suka-suki kteorg


awadz pun join SKP



SOULMATES

pertengahan darjah 6 aku pindah ke KL dari kelantan. masa sekolah kat kelantan dulu aku jadi pengawas, n bila aku pindah ke sekolah KL aku still pakai baju pengawas tu sebab baju sekolah putih belom siap jahit lagi. lepas lebih kurang seminggu cikgu disiplin offer aku jadi pengawas, so aku pun terus kan la pakai baju pengawas tu.aku ingat lagi ramai giler yang dengki kat aku. sampai ada satu hari tu ada orang call aku n warning aku.. lawak bila ingat balik. tapi sebenarnya bukan itu yang aku nk cerita kan. aku selitkan sedikit iklan je.
dah masuk form 1, kat sini la aku kenal dengan best friends aku, tapi yang kekal berkawan sampai sekarang cuma kami 4 orang je. aku sayang dieorg sangat-sangat. lepas habis form 5, kteorg kerja sama-sama kat times square. tapi sebulan je sebab aku dapat offer sambung belajar. and kawan-kawan aku yang lain pun dapat offer kemudian nya. lepas tu kteorg jarang sangat jumpa sebab masing-masing macam dah ada life sendiri. tapi relationship kteorg sangat kuat, kteorg tak putus kawan cam tu je. bila masing-masing dah abis belajar and balik KL balik, kteorg jumpa and rapat balik. sampai sekarang......
terima kasih tuhan kerana mengekalkan hubungan kteorg ni even banyak juga la halangan nya.


dilla a.k.a kembar aku. ramai orang cakap muka kteorg sama...


aza a.k.a chubby...


aida a.k.a button.. dia ni selalu jadi model aku


syaz a.k.a ust.. aku kenal dia masa diploma dulu. bila dia quit belajar, susah giler nk jumpa dia tapi kami tetap kawan baik sampai sekarang even susah nak jumpa.




yang ni masa Rantai art event


gambar ni aida jadi model aku untuk individual study last year. every sem dia jadi model aku.
thanks darling...
tapi sekarang dia dah potong rambut pendek cam aku tapi lagi stylo...hehe





gambar ni cam cacat sikit sebab aku dah tak boleh terangkan warna dia.. gamabr ni di snap tanpa flash, so gelap gelita oleh bf aku, dah la aku ni memang dah gelap, sengal jugak bf aku ni.

Monday, May 25, 2009

TED ADNAN

hari tu aku pergi ke studio ted adnan kat kajang. aku nak interview beliau untuk salah satu projek aku la..
mula-mula takot gak la nak jumpe sebab biasa la kan, selalunya bila dah ada name besar, orang tu akan meninggi diri n berlagak n macam-macam yang xsedap di sebut la..
tapi bila dh jumpe, sangkaan aku jauh sekali.. beliau sangat ok..bole c0-operated n sangat sempoi.
kt bawah ni aku ambil dari blog beliau.. kalo sudi buka la blognya k.

Ted Adnan Asmadi
, Photographer & Producer, based in Kuala
Lumpur, Malaysia.

Ted is a self taught photographer, his background in Arts and Accounts
is a distinct advantage over others in providing images that a client
requires. He is comfortable creating images in both analog and digital
format, and easily transcend both location and studio environments.

gambar ni snap without flash light


yang ni guna flash light yang assistant abg ted dah setting.
tak silap ada dua speed light


yang ni aku tak ingat la siapa yang snap.
sama ada rik atau awadz

D50

aku suka guna D5o sebab bagi aku warna D50 ni sangat cantik...kalau aku shooting guna kamera ni aku xpayah susah-susah nak edit gambar giler-giler.. just naikkan warna dia sikit dah cukup..


before edit

after edited




before edit

after edited




before edit

after edited




FUN TIME

hehe...even sepang dh post gambar ni kat blog dia...tapi aku tetap nak post jugak...

jon, sacha, sepang, kwn epy, kure, julia.
wawa, epy yang ayu, emma, pQa

aku rasa time ni memang best hangaout sebab ramai. bayangkan 10 orang. kteorg ni dah macam rombongan cik kiah dah. ada 3 orang ahli baru masa ni..julia kawan kteorg, wawa kawan syaza and kawan si epy kot yang aku tak tau nama..hehe.. masa ni kteorg tukar-tukar tangkap gambar, last2 amoi yang jaga kedai kat belakang tu offer nak tolong kteorg amikkan gambar ramai-ramai. thanks to amoi chantek.. patung digi yang warna kuning ngan patung tu prop kteorg je.. bukan kawan kteorg pun.
selalunya bila hang out memang bawak kamera tapi kali ni gambar yang kteorg amik cam best sikit..
bak kata sepang Uitm Vs. UniKL...
love u all...


aku malas nk edit semua gambar-gambar ni...
thanks to pQa cayang...:)

CERITA LAMA

memandangkan aku baru buat blog ni...aku nak cerita serba sedikit tentang kehidupan aku bersama kawan-kawan yang aku sayangi pada masa-masa lepas berserta dengan gambar-gambar kenangan...


ni masa kteorg budak-budak kelas pergi trip ke Pulau Pangkor...


kat fakuti kterorg...
Art and Design


kat Putrajaya dengan mus n iqbal..
sem ni kteorg boleh di katakan malam-malam keluar n balik 4 5 pagi...
tapi best la


kat pavillion dengan pQa n Syaza

ni masa kteorg shooting kat Klang

aku, villa dengan syaza pusing-pusing KL nak shooting...
agak jauh jugak la kteorg jalan-jalan time ni..
dari masjid jamek kteorg pusing lalu kat pertama complex n akhirnya sampai la ke Bukit Bintang..our final destination hari tu...
kteorg keluar shooting untuk subjek Cik Nor, untuk buat poskad.

sorie villa, gambar ko tak ada..

ni rumah yang kteorg shooting dekat shah alam seksyen 13 xsilap...aku pun tak tau..main beduk je..tp rumah ni memang spooky...meremang jugak lah bulu roma aku masa aku first jejak kaki kat dalam pagar rumah ni..
aku cuma tolong syaza shooting untuk major dia...aku jadi tukang pemegang reflektor..